Wednesday 3 June 2009

Mahkamah Australia Denda 'Spiderman'



POLIS menunggu untuk menahan Robert selepas beliau turun dari bangunan Royal Bank of Scotland, semalam.


SYDNEY: Warga Perancis, Alain Robert, 46, yang terkenal kerana suka mendaki bangunan hingga mendapat jolokan ‘Spiderman’ didenda A$750 (RM2,131) oleh Mahkamah Tempatan Downing Court, semalam, selepas mengaku bersalah atas dakwaan mengancam keselamatan orang lain dengan memanjat bangunan atau binaan di bandar raya terbesar negara itu, tanpa kebenaran.

Ketua Hakim, Graeme Henson yang menasihati Robert mengenai perbuatannya, bagaimanapun, mengaku beliau berhadapan dengan seorang manusia luar biasa.

“Pelbagai usaha dilakukan oleh seseorang individu untuk menjadi masyhur. Pencapaian anda memang sesuatu yang boleh dibanggakan, namun anda turut melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang sebagai tetamu di negara ini,” katanya.
Peguam bela Robert, John Gaitanis dalam pembelaannya berkata, anak guamnya mula mendaki pada usia 12 tahun dan seorang profesional yang mendapat latihan polis, jabatan bomba dan unit khas tentera di Perancis.

“Apa yang dilakukan Robert bukan aksi lagak ngeri atau sesuatu yang tidak dikawal dengan baik,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment