Wednesday 3 June 2009

Kokain Jadi Beg


SANTIAGO: Taktik menyeludup dadah dengan menyorokkan bahan itu di dalam beg sudah menjadi lumrah dalam industri itu.

Bagaimanapun, seorang wanita yang mahu berlepas dari Chile ke Sepanyol mengejutkan pihak berkuasa apabila membawa beg yang dibuat daripada kokain.

Jurucakap polis, Detektif Leandro Morales berkata, dadah itu dikesan sebaik sahaja wanita warga Argentina berusia 26 tahun itu memasuki kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Santiago.

“Kali ini penyeludup menghasilkan beg daripada kokain.
“Beg itu dibuat daripada campuran gentian kaca dan kokain.
“Kokain itu lebih berat daripada kandungan yang berada di dalamnya.

“Kokain itu boleh diasingkan di makmal dengan kimia khas,” katanya. – AFP

No comments:

Post a Comment