Wednesday 3 June 2009

Gadis 13 tahun Dicabul 12 lelaki

LONDON: Seorang gadis berusia 13 tahun yang diperkosa oleh 12 lelaki menjadi sasaran dua serangan pada malam yang sama.

Polis berkata, gadis itu berada bersama sekumpulan lelaki berusia antara 17 dan 25 tahun dalam kejadian Sabtu lalu.

Serangan pertama berlaku di kawasan Harehills di Leeds sebelum dia dibawa ke Hovingham Park yang terletak berhampiran.

Di situ, mangsa berkenaan diperkosa kali kedua oleh sekumpulan tujuh lelaki lain.
Polis menemui gadis itu merayau di jalan raya jam 5 pagi berikutnya di sekitar kawasan Harehills.
Selepas disoal, dia mengadu menjadi mangsa serangan seks.

Dia kemudian diserahkan kepada keluarganya.

Sehubungan itu, lima lelaki berusia antara 17 dan pertengahan 20-an tahun ditahan untuk disoalsiasat berhubung kejadian itu.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin.

Polis juga melancarkan gerakan memburu kira-kira tujuh yang lain yang dipercayai terbabit memperkosa mangsa pada kejadian kedua.

Sementara itu, polis menutup sementara dua kawasan tempat kejadian itu kepada orang ramai bagi membolehkan pakar forensik mencari bukti.

Polis meminta orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian itu tampil untuk membantu siasatan. - Agensi

No comments:

Post a Comment