Friday 29 May 2009

‘Penagih beriman’ ditangkap lalok

grab from :http://hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Gelagat selambanya seolah-olah sedang mengambil air sembahyang di sebuah surau di sini akhirnya terbongkar apabila mendapati lelaki berusia 30-an terbabit sebenarnya sedang lalok kerana mengambil dadah.

Malah ‘penagih beriman’ terbabit langsung tidak menyedari adanya kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepalanya dan perbuatannya itu disedari pegawai keselamatan bertugas.

Bukan saja berketayap, malah dia turut berpura-pura berwirid bagi mengelak kelakuannya disedari pengunjung.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, mangsa yang lalok tidak menyedari dirinya diperhatikan pegawai keselamatan.

Pegawai Keselamatan Pasar Seni, Mohd Amir Mat berkata ketika kejadian lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan di ruang pejalan kaki menuju ke surau.

“Lelaki itu cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota keselamatan, tetapi menyerah diri sebaik menyedari dikepung,” katanya.

have time? watch my business domain page

No comments:

Post a Comment