check this out guys.. a muvee that never allowed to be released in malaysia.. why? dono.. sum said that its related to monafendy story..
aku ader koleksi gambar2 di sebalik tabir filem ni. kalau korang nak copy, shout kat shoutbox tuh, n give your email skali..
Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts
Sunday, 31 May 2009
insiden lebuh raya

BUKIT BERUNTUNG: Hanya air mata mengiringi kesedihan hati seorang isteri sebaik menerima panggilan telefon daripada pegawai penyiasat polis trafik yang memaklumkan kematian suaminya akibat merempuh belakang sebuah lori.
Wanita berkenaan yang sebelum itu menyangka dihubungi suaminya berikutan nombor telefon bimbit tertera, tetapi terkejut apabila panggilan terbabit disambut pegawai polis terbabit yang berusaha menjejaki ahli keluarga mangsa menerusi telefon bimbit yang ditemui bersama mayat berkenaan.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi semalam, mangsa Mustafa Mohd Karin @ Sharin, 39, maut selepas motosikal yang ditunggang gagal mengelak sebelum merempuh belakang sebuah lori tanah yang rosak berhampiran lorong kecemasan di Kilometer 433.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke Bukit Beruntung.
pemandu disembelih

KUANTAN: Hasrat murni seorang peniaga kedai runcit menumpangkan seorang pemuda menaiki lorinya membawa padah apabila lelaki itu mengelar lehernya menggunakan pisau lipat sehingga hampir maut dalam kejadian samun berhampiran Taman Pelindung Jaya di sini, kelmarin.
Insiden ‘tumpangan berdarah’ itu berlaku kira-kira jam 2.45 petang ketika mangsa, Abdul Rahman Ismail, 57, dari Kampung Beserah di sini dalam perjalanan menghantar gas memasak ke sebuah rumah di taman berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata ketika tiba di kawasan perumahan itu, seorang lelaki tidak dikenali Abdul Rahman menahan lori dipandunya dan mendakwa mahu membeli bekalan gas dibawa.
Menurutnya, suspek turut meminta menumpang lori peniaga berkenaan dengan niat mahu menunjukkan jalan ke rumahnya konon tidak jauh dari tempat kejadian sebelum mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju menghantar lelaki berusia 20 hingga 30-an itu.
Bagaimanapun, katanya, ketika dalam perjalanan, suspek meminta mangsa berhenti sebelum mengeluarkan sebilah pisau dari dalam poket dan mengacukannya ke arah mangsa meminta menyerahkan wang.
“Mangsa yang ketika itu membawa wang tunai kira-kira RM1,000 dalam beg pinggangnya enggan menyerahkan wang itu menyebabkan berlaku pergelutan sesama mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, suspek bertindak ganas apabila mengelar leher mangsa menggunakan pisau berkenaan apabila mangsa enggan memenuhi permintaannya.
Katanya, suspek meninggalkan mangsa dalam lori selepas merampas beg pinggangnya dan mangsa dipercayai cuba mendapatkan bantuan dengan berjalan kaki tetapi tidak berdaya sebelum jatuh tersungkur tidak jauh dari kenderaannya.
“Mangsa ditemui penduduk dalam keadaan terbaring di tengah jalan dengan leher berlumuran darah sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)